Akhirnya...
Semalam saya check up bulanan. Kandungan dah masuk 32 minggu. Perut makin membesar. Semua orang cakap besar sangat perut saya nih. Check, tinggi rahim 33cm terbesar 1cm. Misi kata takde apa-apa. Scan 2 minggu lepas doktor kata pun tumbesaran baby normal. Tak besar sangat tak kecil sangat. Tekanan darah 130/80. Ok. Yang tak ok cuma hemoglobin (Hb) saya ni turun 9.0 g/dl. hmmm... Peliknya, saya tak rasa lesu pun, rasa ringan je badan nih, perut je rasa besar . Sebelum ni tak pernah sekalipun pengsan, masih boleh memasak, saya taklah penat sangat (masih boleh ulang alik hospital semasa suami masuk HSA sebab denggi hari tu), sakit pinggang pun sekali sekala, cuma sakit kaki je yang lebih, tapi kaki tak bengkak.
Memang risau!
Tapi saya tetap dengan pendirian saya agar tak terlalu terpengaruh dengan angka! Macam juga setengah orang yang berkahwin dengan pasangan jauh lebih tua atau jauh lebih muda, yang mengatakan apa ada pada nombor???
Balik rumah terus saya search mengenai Hb rendah di internet. Pengalaman ibu-ibu mengandung lain mengenai Hb rendah ini. Semuanya bercakap tentang tips untuk menaikkan Hb dengan cepat yang sama. Banyakkan makan hati, bayam di samping pil tambah darah yang WAJIB diambil seperti obimin. Ada yang naik, ada yang tak naik-naik juga sampai dah tak tahu nak makan apa tapi kebanyakkanya, apa yang saya baca, semua bayi yang lahir mempunyai berat 3.5 ke atas (mereka yang makan ubat tambah darah ni) dan mereka mengatakan ini normal. ??? Mula-mula memang nak makan pil ni je sebab orang dah cakap macam-macam.. Saya selalu kena marah. Tak tahan! Tapi suami tetap tak bagi makan takut pada kesan sampingan lain. Seperti biasa, abang iparlah (Dr. Norhissam Mustafa) jadi tempat merujuk yang sahih.
http://harmoni.kuskom.net/?q=node/20
Dalam keadaan sebegini, saya agak tertekan dan timbul perasaan yang pelbagai. Takut, risau, sedih.
Takut dengan apa yang diperkatakan oleh misi dan doktor yang selalu memarahi saya dengan katanya, "nanti kalau tak cukup darah anak awak akan terencat tumbesarannya, kepala besar, masa bersalin tumpah darah, kena masuk darah orang lain!"..
Risau... Jika benar-benar ini terjadi. (Kata-kata itu doa).
Sedih... Jika saya tidak sempat melihat anak saya ini dan tidak lagi sempat berjumpa semula dengan suami selepas melahirkan nanti. (Saya buat keputusan, walau apapun jadi saya taknak masuk darah orang lain kecuali adik beradik saya).
Saya cuba berfikiran optimis. Mencari apa lagi alternatif yang boleh saya ambil (kerana saya lebih selesa kaedah ini berbanding jalan yang popular). Kerana saya sudah mengetahui yang pil-pil hari ini hanyalah bersifat sementara yang terdiri daripada dadah yang pasti membawa kesan sampingan yang lain. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kadangkala pil-pil ini dinasihatkan supaya diambil untuk mengatasi 1 sahaja masalah yang dominan walhal, masalah lain yang lebih minor semakin membesar. Contohnya, obimin yang diambil berlebihan boleh menyebabkan sembelit dan masalah penghadaman kepada si ibu. Tak sanggup saya berhadapan masalah 'susah nak buang air besar' dalam keadaan perut memboyot macam ni. Penghadaman saya sekarang sudah cukup baik dan amat memuaskan!
Abang ipar (Dr. Norhissam) tidak bercakap banyak kerana sebelum ini dia dah menyatakan apa yang perlu saya ingat dan percaya. Dia cuma cakap makan je buah delima banyak-banyak, tiap-tiap hari. (Di samping air zamzam + formula ST-03 & SO-03). Saya lebih selesa dengan amalan sebegini yang lebih selamat. Selain itu, saya cuba mencari 'sesuatu' agar apa yang saya percaya melalui kaedah perawatan abang ipar saya ni ada betulnya (kerana kaedah rawatan ini bukan jalan popular).
Akhirnya, pagi ini secara tak sengaja saya terjumpa 'sesuatu' yang berjaya meredakan semua kerisauan saya ini. Isu ini jugalah yang menjadi asas dalam perawatan yang diinovasikan oleh abang ipar selama ini. Rupa-rupanya, dia tak berkeseorangan dalam bermentaliti sebegini.
http://forum.kolejshahputra.edu.my/viewtopic.php?f=28&t=1129&start=15
Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?
Assalamualaikum wbhDalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya bertajuk Agar gigi anak-anak tersusun rapi. Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.
Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.
Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.
Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. N amun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun N abi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati2. Jantung3. Paru-paru4. Perut5. Hempedal6. Buah pinggang7. Jantung8. Buah pinggang9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam10. Telur ikan.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan N abi Muhammad SAW ini?
Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.
Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.
Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.
Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?
Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama N UTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.
Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.
Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.
Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya3. Elakkan minuman bergas4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.6. Makan buah delima7. Makan epal hijau. Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.
Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).
Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan N abi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul N ya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.
Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan N asrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.
Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.Sekian wassalam wallahualam
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seterusnya, saya juga pergi ke laman perawatan alternatif yang lain yang menyerupai kaedah perawatan yang sedang saya jalani ini. Sudah tentu untuk mendapatkan pandangan keempat pula.
http://www.rawatankesihatan.com/search/label/NW%2018%20Darah%20dan%20Otot
Telesemia (thalassemia atau British - thalassaemia) sebenarnya boleh dirawat. Rawatan peringkat pertama ialah dengan mengembalikan semula "masa" atau tenaga hemoglobin dan sistem darah yang tidak dapat menjalankan fungsinya dengan normal.Pesakit telesemia yang mengambil rawatan dengan dipertenagakan sistem darah akan tetap rendah paras hemoglobinnya walaupun tidak menunjukkan simptom seperti telesemia. Biasanya pesakit telesemia yang mempunyai kadar hemoglobin yang rendah daripada 2 g/dl akan pengsan, koma atau maut. Tetapi setelah darah dipertenagakan, pesakit masih cergas dan normal walaupun tahap hemoglobin cuma 0.7 g/dl sahaja.
Ujian darah hemoglobinPesakit telesemia tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada ujian darah untuk menentukan tahap atau keadaan telesemia. Ujian darah tidak dapat menunjukkan keadaan sebenar penyakit telesemia kerana darah itu sendiri adalah salah satu organ dalam level anatomi tubuh manusia yang mempunyai vibration dan tenaganya tersendiri. Kelemahan atau kekurangan sesuatu komponen pada darah bukanlah menunjukkan keadaan sebenar sesuatu penyakit. Tenaga pada darah tidak dapat menunjukkan tenaga pada sesuatu penyakit atau organ yang lain.Sepanjang menjalani rawatan dengan Colour Vibraion Therapy, pesakit akan kelihatan kembali cergas dan normal seperti kanak-kanak normal yang lain. Tetapi apabila ujian darah dijalankan, didapati tahap hemoglobin masih rendah atau tidak mencapai 11 g/dl. Allopathic Practitioner (Doktor di hospital) juga amat bingung apabila mendapati hemoglobin mencapai tahap maut iaitu di bawah 2 g/dl tetapi pesakit telesemia ini masih dalam keadaan normal malah amat cergas seperti baru menerima transfusi darah. Kekeliruan ini akan mengakibatkan doktor di hospital dengan terburu-buru melakukan transfusi darah pada jumlah yang amat banyak. Sebenarnya, telesemia pada tahap bawah 2.7 g/dl akan mengakibatkan seseorang pesakit telesemia itu koma dan maut. Tetapi dengan rawatan Colour Vibration Therapy, bacaan hemoglobin telah tidak releven lagi untuk disabitkan dengan telesemia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ingatan saya kembali semula kepada apa yang saya telah pelajari sebelum ini dengan abang ipar melalui kursus kesihatannya. Bahawa, apabila saya sudah membuat keputusan untuk tidak terlalu mengaitkan diri atau terlalu terpengaruh kepada jisim duniawi (material) maka, saya tidak boleh menggantungharapkan kepada suatu angka atau nombor dalam meneruskan kehidupan ini.
Kerana itu, nasihatnya sampai ke hari ini saya cuba fahami sebaik mungkin dalam mencari kekuatan dalam 'melawan arus' dalam mengatasi masalah Hb rendah ini.
"Jangan terikat sangat dengan result bio kimia, fokuskan kepada pembinaan anak ke arah anak yang solehah @ solehah, yakin Allah tidak zalim, semua yang terjadi penuh dengan kebaikan, cuma kita lemah untuk memahaminya, 80% kesan tindakbalas metabolik dalam badan dikawal oleh hipotalamus, jadi apa yang kita fokus, maka itulah yang akan kita lalui dan diuji, maka fokuslah kepada usaha mendapat zuriat yang soleh @ solehah, InsayAllah Allah akan permudahkan urusan yang lain, hidup terbina atas 4 sifat iaitu Yakin yang betul, Sabar yang besar, Ikhlas yang berkefahaman, Redha yang berusaha...."
Moga nasihat ini juga dapat digunapakai oleh kawan-kawan atau sesiapa yang membaca artikel ini dalam mencari penyembuhan yang bukan bersifat sementara. Moga saya dapat meleraikan semua kerisauan, ketakutan dan kesedihan ini. Moga semua urusan kelahiran ini dipermudahkan dan tidak mendatangkan apa-apa kemudharatan kepada saya mahupun anak kecil ini kerana saya percaya apa sahaja keajaiban itu pasti berlaku dalam ketentuan dan kasih sayang Allah Yang Maha Berkuasa. Mohon doa daripada semua tak kira apa jua pandangan dan pendapat kalian yang tersendiri.
kakda, pekaba? kite br lps
kakda,
pekaba?
kite br lps deliver 2nd child
alhamdulillah sht semua, baby boy, umar zuhdi azwiralbukhairi..
kite pun hb low masa preggie, masa deliver blood loss 450g, emergency c-sect sbb bacaan jantung baby tak berapa elok..lps tu kena masuk drh 2 beg sbb hb turun 8.4.. tapi tu kire ok lg..
my friend (doktor) ckp ada lg teruk, turun smpai 6.0..
apa pun jgn risau, kena bertenang, mkn benda berkhasiat, buah, sayur bayam, hati, daging merah, kerang...
skrg tgh dlm pantang, tiap hari mkn hati..sedap gak, blh kurus balik..
oklah, tu je dulu, happy preggie, semoga selamat semua.. jenguk2la di facebook
InsyaAllah..kalau ada
InsyaAllah..kalau ada kesempatan kite singgah kat facebook ek.. doakan smuanya slamat. tgh tunggu hari je nih. berdebar pulak rasanya..
Tak elok sgt mkn hati byk2 nih.. efeknya bukan skrg tau.. just beware! ;)
salam sejahtera....saya
salam sejahtera....saya fakarul dan isteri saya baru 3minggu melahirkan anak sulung kami setelah 3tahun kami menunggu kerana sudah 2 kali keguguran. kami mendapat baby girl bernama puteri awatif aqilah. sebelum melahirkan anak, doktor telah membuat pemeriksaan dan mendapati isteri dan saya pembawa talesemia. semenjak puteri kami dilahirkan(sudah 3 minggu sampai sekarang) penyakit kuning anak saya Tidak sembuh lagi dan nurse kampung menyarankan agar anak kami di bawa berjumpa doktor pakar kanak2. saya dan isteri terlalau risau dan kami tidak mahu kehilangan puteri kami....... ya allah kau selamatkanlah puteri kami.....hanya padamu ku bermohon......diharap anda kalian mendoakannya.......fakarul dan isteri 013-6116826
Semoga encik fakarul dan
Semoga encik fakarul dan isteri serta anak masih di dalam kesabaran. Anak saya juga selepas lahir kena kuning dan ditahan di NICU selama 5 hari. Sebenarnya, saya nekad keluarkan anak dari hospital setelah paras kuning dia cukup2 makan saja 13. Dia masih ada kuning selama sebulan lebih. Sehingga misi yg dtg ke rumah suruh bawa anak kembali ke hospital tem;pat dilahirkan untuk rawatan lanjut. Misi tulis di buku kesihatan 'prolong jaundis'.
Setelah sebulan lebih baru jaundis anak hilang sepenuhnya. Takut kan?
Sebagai ibubapa memang byk benda yg akan kita takutkan lebih2 lg anak pertama sbb kita tak tau apa2. Tapi, saya yakin dgn keputusan sy utk tak membiarkan anak yg sekecil lengan ini dicucuk berulang kali utk ambil darahnya hingga tiada tmpt lagi hendak dicucuk sampai tgn dan kaki anak sy jd lebam kebiruan. Anak dah la lahir pramatang, tgn dan kaki lebih kecil dari plug komp. Tak sampai hati sy.
Dlm masa yg sama sy risau bila kuningnya akan hilang dan betulkah dia akan mengalami kesan2 yg menakutkan pd masa akan dtg akibat kuning ini?
Saya percaya perubatan yg ada di hospital dan klinik skrg bukanlah hanya itu saja cara utk mengubatinya. Saya minta pandangan abg ipar yg juga doktor alternatif (perawatan melalui sains fizik). Yang tentu saja ada perbezaan dengan doktor di hospital (pandangan dari sudut sains kimia).
Kuning ni sebenarnya akan baik dengan sendirinya. Ibubapa jgnlah terlalu risau. Kerana anak kecil yg baru lahir ni sistem hempedu, penghadaman dan sistem2 yg lain masih belum cukup matang dan memerlukan masa untuk betul2 berfungsi. Apa yg saya dan suami lakukan sebaik anak keluar hospital ialah, bagi susu ibu sebanyak mungkin, jemur anak dalam rumah di awal pagi dlm 5 minit shj dan sebagai alternatif, saya semburkan sekerap mungkin air ubat (sukros + air) di kepalanya yg berfungsi untuk meng'uja'kan fungsi hempadunya agar cepat bertindakbalas supaya dalam keadaan harmoni dan seimbang dlm istilah sains fizik disebut 'resonans'.
Terpulanglah utk encik fakarul dan isteri mengusahakan cara tersendiri dengan perawatan sendiri. Tak kira apa pun yakinlah itu yg terbaik utk anak. Jangan terlalu risau anak ini akan hidup berapa lama atau sebagainya. Kerisauan itu cumalah bisikan2 syaitan agar ibubapa sentiasa dlm keadaan waswas dengan ketentuan dan takdir Allah utk hambanya. Dan kerisauan ibubapa bakal menjadikan apa yg kita risau itu suatu kebenaran dan betul2 terjadi.
Ingat, apa yg kita fikirkan itulah yg kita dapat kerana Allah itu seperti sangkaan hambanya. Berbaik sangka terhadap Allah bahawa encik fakarul dan isteri masih mempunyai masa yg panjang bersama anak. Cuma sekarang hanyalah ujian singkat dan sementara samada encik fakarul dan isteri berhak mendapat masa yg banyak utk menjaga anak ini. Anak ini juga milik Allah pada hakikatnya.
Didoakan smoga Awatif segera sembuh dan sistem2 dlm tubuhnya akan segera harmoni dengan keadaan di sekelilingnya supaya hempedu dpt menghasilkan sel darah merah dgn efektif. Bertenang, bersabar, ikhlas menghadapi ujian Allah ini dah redhalah di setiap ketentuannya tak kira yg baik atau buruk. Tahniah, di atas kelahiran ini dan senyumlah! :)
terima kasih diatas nasihat
terima kasih diatas nasihat dan pandangan pn.khadijah....semoga apa yg terjadi menjadi iktibar buat sy dan isteri...
Sama-sama kembali :) Sekadar
Sama-sama kembali :) Sekadar bertukar pengalaman apa salahnya.
Pasal HB rendah tu memang
Pasal HB rendah tu memang masalah bagi kita kaum yang mengandung..kandungan saya sekarang dah 28 minggu,semalam saya g klinik untuk ambik darah n minum air gula..masalahnya HB saya makin trun dari 9.1 ke 8.4..usaha sekarang ngah ambik ubat lagi di samping makan hati,sayur bayam n macam2 lagi..ubat lak saya ambik iberet pg n untuk malam saya makan ferros..2 minggu akan datang saya ada temujanji lak nga klinik,tak tahu la cam ne HB saya ni..doa2kan erk semoga saya tidak ada apa2 masalah yang membimbangkan..INSYAALLAH..AMINNNN...
pe2hal nk kongsi pasal HB
pe2hal nk kongsi pasal HB rendah,leh le email saya di wann_laa@yahoo.com.my
hmmm.. tulah psl. mmg masalah
hmmm.. tulah psl. mmg masalah klu mengandung Hb rendah selalu jadi pd ibu mengandung. mcm pn. suhaila mkn ubat (pil) pun keadaan ttp sama.. saya lgsg taknak mkn ubat..hehe.. mcm yg saya tulis, saya tak ambil apa2 ubat pun semasa mengandung walaupun Hb rendah saya masih ada pilihan lain. hasilnya, naiklah jugak Hb tu walaupun tak byk dan semasa melahirkan Fathi alhamdulillah saya tak perlu sehingga masukkan darah baru.
Utk kandungan kedua ni saya sekali lagi nak cabar diri utk tak cuba bergantung harap pd ubat2an.. mmg dari awal dari asid folik smpi ke pil tmbh darah mmg saya tak sentuh.. hatta air zamzam (yg saya selalu amalkan sbb Hb rendah masa ngandungkan Fathi dulu pun) saya tak minum sbb ssh nak cari air zamzam..hehe.. nantilah saya akan ceritakan hasilnya kendian.
Apapun, bergantung pd individu. saya berfikiran bahawa hidup saya ini tidak perlu bergantung harap semata kepada ubat2an (pil2) yg begitu kompleks masakini. saya cuba utk mengurangkan risiko campurtangan manusia ke atas kejadian fitrah seorang bayi di dlm perut yg penuh dgn kerahsiaan Yang Maha Menjadikan.. saya percaya apa yg manusia fikirkan kdgkala tak akan sampai dan terduga oleh jangkauan fikiran dan buatan manusia. kadangkala manusia fikir apa yg baik utk manusia lain berdasarkan pemikirannya. tapi kita tak pernah tahu apa yg tidak baik pd manusia itu sbnrnya lbh baik utk manusia sejagat.
Semoga segalanya dipermudahkan... InsyaAllah.. Jgn risau sgtlah.. ;)
Post new comment