Ilmu ikhlas..

Hari tu semasa buka puasa Fathi bangun. Dia tak jadi tidur. Dah terpaksa berbuka pegang anak dengan  tangan sebelah. Tiba-tiba terkeluar pulak dialog 'pujangga' begini..

"Anak mak.. Nanti dah besor anak mak kena puasa penuh tau. Jangan puasa sebab nak upah duit atau nak duit raya banyak-banyak! Kita kalau berpuasa kena ikhlas.. Haa, mak dah ajar sabar macamana kan.. Sekarang mak nak ajar ikhlas macamana.. Bila kita ikhlas berpuasa nanti apa je kita nak boleh dapat, bukan setakat duit je, macam-macam!!"

Fathi ternganga mulutnya sambil mengetuk-ngetuk meja.

"Dengar sini.. Kalau kita ikhlas, kita terlintas nak makan apa je kita dapat.. Haaa.. Macam mak minggu ni.. Mula-mula mak rasa nak sangat makan mi goreng yang ada daging letak macam-macam tu sebab tgk 'resepi istana' semalam dia masak macam sedap jek.. Tiba-tiba ada orang bagi mi goreng tu semalam.. Pastu, hari ni dapat bubur lambok kg. baru.. Tokteh bagi.. Dari minggu lps lagi mak nak makan, dah nekad nak suruh abah balik keje singgah masjid kg. baru jugak, akhirnya dapat free lagi.. hmmm.. Ni baru kat dunia. Kalau kat syurga akhirat nanti lagilah... Apa je yang terlintas kat hati kita terus ada depan mata.. Best tak camtu?!"

Sambil menggoncangkan badan Fathi pandang ke arah maknya..

Mata bertentang mata.. Diam sejenak... Terkebil-kebil...

Bapaknya hanya mampu menggelengkan kepala..

Letak balik Fathi ke katilnya.. Golek-golek sambil bercakap.. Dan.... Senyap....

Aik, dah tido!! (meniarap).. hmm.. Apalah mak dia cakap ni sampai dia terus nak bermimpi... hehe..

 

Post new comment

  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Allowed HTML tags: <a> <em> <strong> <cite> <code> <ul> <ol> <li> <dl> <dt> <dd> <img> <p>
  • Lines and paragraphs break automatically.

More information about formatting options