Hyperaktif
Semalam bawa Fathi check up bulanan (6 bulan stgh) ke Klinik Ibu dan Anak di Sri Rampai. Seperti biasa memang sesak! kali ni saja pergi lambat sikit sebab taknak bersesak-sesak sangat. Keluar rumah jam 9.30 pagi sampai sana dapat angka giliran ke 107. Nombor tengah panggil 76. Hmm..
Macam biasa, ambil nombor terus timbang berat, ukur panjang, ukur kepala. Lepas tu tunggu la sampai misi panggil nombor 107. Suasana hingar bingar dengan suara budak menjerit bermain, menjerit menangis kena inject dan macam-macam lagilah.. Letak Fathi kat riba. Goyang-goyang sikit. Fathi macam biasa kalau depan orang senyaplah dia.. Tengok-tengok dah tutup mata dengan sendiri.
Puan x : (Sedang mengejar sambil memukul anaknya yang sedang bermain di tangga sebelah tempat duduk saya).. Eh eh.. bagusnya anak awak.. Senang tido ek? Diam je.. Tengoklah anak saya ni tak reti diam! Ni tak masuk sekolah lagi ni..
Saya : (Bermula lah soalan-jwpn balas seperti kebanyakan ibu lain antaranya bertanya berapa umur dll)..
Puan x : Tulah.. Masa mengandungkan dia ni saya makan lebih kurang 12 jenis pil! Masa anak kedua ni saya cuba kurangkan sebab dah tau kan pil-pil ni yang buatkan anak jadi hyperaktif.
Saya : Yelah.. Setengah budak jadi hyper, setengah jadi selalu sakit pulak.. macam-macam sakit. Lain budak lain jadinya.. Saya masa mengandungkan anak ni tak ambil pil langsung. Asid folik tu pun tak ambil..
Puan x : (Mata terbeliak) ye ke!! Budak ni pernah sakit tak? Selsema ke? Anak saya yg kecik ni dah kurangkan pil pun masih senang sakit. Senang kena selsema..
Saya : Tak pulak. Demam pun sebab kena inject je tapi mesti tak lbh 24 jam dah baik semula.
Puan x : Eh eh.. Bagus la.. Anak saya yang sulung ni masa kecik-kecik dulu tembam macam nilah.. Lepas dia kena demam panas tu kena makan banyak ubat, sejak tu dia taknak menyusu. Makan nasi tu bukan main susah! Dah jadi kurus gini.. Jadi hyperaktif pulak tu! Malu betul saya dgn suami kalau bawak dia pergi rumah orang. Rumah orang jadi macam rumah dia pulak. Dah puas dah bagi macam-macam air jampilah, air tawar la, sama jek tak boleh dok diam..
Saya : Kalau kurus sihat takpelah.. Tu lagi baik. Cubalah lepas sembahyang kan, tiap kali lepas sembahyang tu bacakan dia alfatihah pastu usap kat ubun-ubun dia. Niatlah apa-apapun.. Budak ni pun tak tau jugak dah besor kang jadi camna rupanya.. (Sambil tepuk-tepuk Fathi yang makin nyenyak tidurnya).. Tapi, tiap kali solat saya memang bacakan anak saya ni alfatihah, usap kepala dia supaya dia senang la dengar kata orang tua kan..
Puan x : o ye ke.. bolehlah cuba nanti.. Anak sulung saya ni nasi jangan haraplah nak makan.. (Tiba-tiba anak itu menyampuk, nak KFC katanya).. Ha, tengok tu KFC je dia makan.. Suruh makan nasi taknak! Minum pun milo je..Risau la camna dia masuk sekolah nanti. Semua orang mesti tak tahan dgn laku dia ni.. Dia ni baran pun ye jugak.. Kadang2 tu cakap dgn kita, "Nak kena pukul??" Dia ambik rotan sungguh-sungguh,pukul kita! Dengan saya ok lagi.. Dengan bapak dia asik nak marah aje! Risau la saya.. Adik dia ni ok sikit (6 bulan sama macam Fathi) taklah hyper mcm dia.. (Tengah menjerit-jerit sambil pukul-pukul emak dia).
Saya : Eh duduk la.. 8.6kg tu kang lenguh tuh.. Anak saya 8.2kg ni pun dah lenguh..
Puan x : Eh takpe.. Nak tengok budak ni (anak sulung dia).. Melompat-lompat tak berenti nih..
Dalam perjalanan pulang dalam kereta :
Saya : Tadi saya jumpa sorang akak ni cerita gini gini gini (ulangan cerita di atas). Tu yang sebelum balik tadi saya cakap dengan budak tu sorang-sorang (maknya jauh).. "Eh, abg pandai kan.. Nak masuk sekolah.. Ha, nak masuk sekolah kena pandai. Kena makan nasi tau.. Makan nasi dengan ikan goreng rangup.. (Budak tu jawab 'ayam'..) Ha, makan nasi dengan ayam pun sedap tau!! Taknak makan KFC lagi la.. Nanti kalau makan KFC masuk sekolah jadi tak pandai.. (Budak tu jawab, air gas!). Hah, air gas pun kalau minum lagi jadi terus tak pandai sampai bila-bila.. Abang nak pandai kan.. (Dia angguk sambil kakinya dimasukkan celah kerusi. Dia sebut air putih?).. Ok. Air putih minum banyak-banyak pun boleh jadi pandai.. kena dengar cakap emak tau.. Duduk diam-diamla.. Nanti jatuh masuk hospital tak boleh raya.. (Dia nak angkat kaki tapi tak boleh keluar.. Tau pulak menangis budak ni).. Haaaa... Kan dah cakap..(sambil angkat badan budak ni keluarkan kaki dia).. Ni nasib baik boleh keluar.. Kalau taknak dengar cakap lagi, tak duduk diam2, tinggal sini, semua orang nak balik raya.. Abg tinggal sini sorang2 nak? (Dia geleng2 kepala sambil mata berair)..
Hmm... Budak 3 tahun. Gitulah rupanya.. Dengar budak tu cakap je dah tau kebiasaan makanan dia apa..
(Teringat saya cerita kawan makteh yang anak dia darjah 3 dah kena inject insulin sendiri kat perut. Diabetes. Disebabkan emaknya yang 'gila' coke didik anak pun jadi 'gila' coke.. Itulah hasilnya.. Sekarang, kawan makteh tu kanser usus hanya berserah pada takdir (tak taulah dia salahkan takdir) dan menghitung hari nak 'pergi' disebabkan doktor pun dah tak tau nak buat apa pada dia. Anak pulak kena diabetes. Terpaksa disekat makan, sehari 1 keping roti je.. kesian.)
Suami : Laaaa, awak tak cakap ke yang dia bagi anak dia milo tu lagi banyak gula yang jadikan anak dia lagi hyper..
Saya : Saya tak terfikir pulak sebab kandungan gula tu.. Dalam hati saya masa dia cakap dia bagi anak dia milo je tu saya tau yg milo tu tak bagus dah. Apa-apa minuman berkotak ke bertin ke memang tak bagus.. Tu je yang saya tau. Lagipun, saya taknak cakap lebih-lebih lah.. Kita pun tak tau anak kita ni macamana besar nanti.. Kadang-kadang orang macam tu saje je nak bercerita masalah dia. Nak bagi lega.. Tak semestinya dia nakkan penyelesaiannya.. Apa kita boleh buat, dengar jelah..
Ini bukan kali pertama saya berjumpa dengan masalah anak hyperaktif. Saya juga pernah berjumpa dengan masalah autisme. Semuanya terjadi apabila terlalu banyak kandungan gula dalam badan si anak menyebabkan anak hilang fokus a.k.a ketenangan dalam diri. Ini disebabkan gula cuba dihadam oleh badan menjadi tenaga. Tenaga yang berlebihan dalam bentuk proton ini menyebabkan lebih banyak tenaga budak mahu dihabiskan dalam bentuk fizikal. Gula yang tinggi ada dalam makanan snek dan segera seperti McD, KFC, air kotak, air tin dan yang seangkatan dengannya. Bila saya fikir balik bukan salah anak pun. Dia cuma nak menghabiskan 'tenaga'nya. Dia tak tau cara lain cara macam tu jelah yang dia buat. hmmm..
...... Fathi dongakkan kepalanya. Senyum kat saya.. "Aik, budak ni tersengih pulak!"

Post new comment