Raya-raya 2009

Raya tahun ni raya pertama dengan Fathi. Cucu kesayangan atok dan nenek Johor dia. Kat Kelantan pun sayang jugak cuma dah jadi kesayangan ke-18 lah..hehe.. Raya tahun ni jugak ada tetamu istimewa dari Jepun! Takumi Suzuki. Wah, anak Pak Suzukilah..haha.. Takdelah, Takumi kata dia bukan kaum kerabat bisnes motor Suzuki tu.. He's the other Suzuki's son.

Balik ke JB pada pukul 5 pagi hari Sabtu sehari sebelum raya. Sampai kat rumah nenek dia, Fathi agaknya terkejut sebab dalam kereta Tok teh dia yang pegang. Jadi, bila kena ambil dengan atok nenek dia, menangislah jawabnya sebab masih mamai lagi. Pagi tu hujan saja memanjang sampai ke Johor. Best sangat rasanya balik kampung dengan perasaan begitu. Baru terasa suasana balik kampung sebenar walaupun balik bandar sebenarnya. hehe..

Tapi, gembira 'balik bandar' tu sampai raya pertama jelah. Raya kedua sudah bersiap untuk balik ke kampung sebenar! Penuh hutan belantara sepanjang jalan hinggalah sampai ke depan rumah di Tok Uban. Gembira jugak sebenarnya. Cuma rasa tak cukup je beraya di kampung bandar dengan mak abah. hehe..

Bila sampai di Kelantan dah pukul 11.30 malam. Perjalanan agak lambat sebab hujan dan jalan yang sangat sesak! Suami ikut higway PLUS lalu Segamat-Kuantan-Terengganu-Kelantan. Kali ni tak lalu Mersing sebab konvoi dengan abang ipar. Tapi, macam tak konvoi sebab dia dah keluar bertolak sejam awal dari kitorang. (Sebabnya sayalah yang buat hal, lambat bersiaplah, sakit perutlah.. Taktik..hihik.. Nasib baiklah suami sabor je dengan kerenah saya..)

Dah sampai rumah nenek Fathi kat Kelantan kali ni saya tak bagi sesiapa ambil dia dulu. Takut dia mengamuk. Dah rileks duduk dalam 5 minit baru bagi nenek dia pegang. huh.. Nasib baik dia tak nangis langsung. Tak mandi dah. Terus masuk tidur dekat pukul 2 pagi jugaklah. Maklumlah sana ramai orang. Sepupu dia bukan main ramai lagi ajak Fathi main. Masuk bilik baru dapat tidur.

Kali ni kena balik Kelantan jugak disebabkan adik ipar kawin. Orang sana panggil ngeleh. Ngeleh ni ialah kenduri yang ada salam kaut. Tapi orang Kelantan tak panggil aktiviti sebegitu sebagai salam kaut ye! Berbeza dengan bekwoh. Bekwoh tu kenduri jugak tapi kenduri biasa takde salam kaut. Jadi kalau orang buat macam kenduri kesyukuran, tetamu yang datang akan bawak biasanya gula atau susu tin. Kalau orang yang menjemput tu cakap buat ngeleh, mafhumnya kenalah bawak duit bagi salam kaut. Tak bawak gula/susu/sebagainya. Itu yang saya faham la dari tanya suami haritu.

Adik ipar (Siti Murni Mustafa) nikah pada hari Khamis pagi di Masjid Kg. Bujok, Tok Uban. Tengaharinya terus saja dibuat kenduri makan-makan. Malam sebelumnya buat khtam al-Quran. Haaa... Nak cerita sikit tentang orang Kelantan punya khatam Quran.

Malam tu saya sibuk dengan anak. Biasalah Fathi akan tidur awal. Tapi, tak boleh tidur. Ramai orang. Jadi, Fathi dapat tidur kejap je. Mula-mula dengarnya 3 orang je yang mengiringi pengantin khatam malam tu. (Sebelum tu dibuat solat hajat beramai-ramai selepas maghrib). Tiba-tiba ramai pulak anak sedara nak ikut pakai cantik a.k.a iring pengantin sekalilah. Lepas dah bersiap saya pun keluarlah join tetamu yang hadir. (Tak tolong kat dapur pun sebab rasa lagi berminat nak ikut khatam Quran, ngelat ek!).

Tetamu duduk mengelilingi pengantin dan kaum keluarga yang mengiringi tu. Saya ingatkan baca sorang-sorang macam saya kena dulu. Makcik-makcik yang datang tu sambut di akhir ayat saja. Tapi lain bebenor dengan khatam Quran diorang. Makcik-makcik yang datang tu mengetuai bacaan sorang-sorang ikut giliran (dalam bulatan) dalam masa yang sama pengantin dan pengiring-pengiringnya ikut baca sekali hingga akhir ayat. Setiap kali bertukar giliran (makcik-makcik tersebut) pengantin dan pengiringnya semua akan membetulkan duduk masing-masing menghadap makcik yang baca tu seorang demi seorang dan perbuatan itu diulang-ulanglah sehingga habis semua surah. Yang peliknya saya tengok anak sedara yang kecil, lelaki, belum baligh pun dialu-alukan duduk sekali di tengah bersama pengantin. Pelik tak pelik lah. Baru saya tahu stail diorang buat majlis Khatam alQuran berbeza rupanya dengan cara orang Johor. Sangat berbeza!

Haaa... Semasa majlis persandingan keesokan harinya pulak. Saya telah berjaya menjadi bidan terjun membuat tengkolok pengantin lelaki. Serius tak reti sebenarnya. Tapi, tengok pengantin perempuannya terkial-kial buat tengkolok tu sorang diri dalam bilik sementara nak tunggu mak andam datang (lambat  sampai, lari jadual!)  jadi tak sampai hati tak tolong. Fathi tengah tidur. Saya bismillah jelah lipat sana, lipat sini, jahit sana, jahit sini dan akhirnya, nampak jugak la bentuk tengkolok tuh.. Pengantin pun puas hati ok jelah!hehe.. Tak teringat pulak nak ambil gambor tengkolok tuh.. Dah suntuk sangat masa, siap terus hantar ke pengantin lelaki. hehe.. Bila pengantin lelaki sampai je dengan rombongannya, pertama sekali dari jauh saya cari tengkolok pengantin.. Perghhh!!! Macam pro orang yang membuat tengkolok tersebut.. Dari jauh nampak perfect! hehehe..

Apa yang bestnya, saya dapat ikut tatacara adat perkahwinan orang Kelantan. hantaran pihak perempuan ke pihak lelaki haruslah diatur di sebelah kiri pelamin. Nanti hantaran pihak lelaki ke perempuan akan diatur di sebelah kanan pelamin. Nak balik kang baru ditukar dulangnya. 

Lagi satu yang best, mak andam suruh siapkan pulut semangat (pulut kuning), asam keping, gula, garam dalam satu dulang kecil untuk diletakkan di tengah pelamin. (Tapi takde pulut kuning, terpaksalah guna pulut manis eh orang Kelantan panggil nasi manis a.k.a wajik. Tu pun sepatutnya mak andam tak bagi). Semasa 'mengenal' seorang demi seorang (bersalam-salaman dengan pengantin) pengantin akan disuapkan dengan pulut semangat tu. Kira kalau orang Johor merenjis la tapi sana suap pulut semangat ke pengantin, pastu letak duit dalam satu balang yang besar yang diletakkan di tengah-tengah pelamin. Salam, baru dapat bunga telur. hehe.. Sepanjang majlis tu mulut saya dengan automatiknya tersebut, oooooooo... Panjang pulak tu.. Memang jakonlah orang Johor nih! hehe.. Nasib baik Fathi je yang dengar.

hmm.. Seronok jugak beraya di kedua-dua kampung ni.. Untung rasanya ada dua kampung ni dengan pengalaman yang berbeza. Barulah ada cabaran! hehe.. Alah, kat mana saja tempat kita beraya pasti menyeronokkan bukan?! Masing-masing perlu melalui cara hidup berkeluarga masing-masing.

Suka saya nak mengingatkan pada pembaca semua. Bila dah berkahwin ni kita bukan saja berkahwin dengan pasangan kita tapi kita sudah pun berkahwin sama dengan ahli keluarganya yang lain. Hormati dan pelajarilah selok belok, tatacara keluarga baru kita tu agar persefahaman kedua pihak wujud untuk keharmonian bersama. jangan buat hal sendiri dan tak mahu berubah untuk satu persefahaman.. takut-takut banyak salah faham dan memberi kesan tak baik untuk pasangan kita sendiri kelak..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dan Selamat Pengantin Baru kepada semua yang baru bernikah Syawal ini! Selamat dan tahniah juga kepada yang baru melahirkan anak! hmm, banyak sungguh kejadian yang berlaku. Selamatlah kepada semuanya dalam melalui fasa-fasa baru dalam hidup ini. Hidup kita ni sangat menyeronokkan dan bahagia jika kita menghargai setiap apa yang sudah ditentukan buat kita.. Adios!

 

 

Selamat Hari Raya mak

Selamat Hari Raya mak Jah..Ogy da banak tau 18/09 ari tu.comey tul anak die..:-)

Selamat Raya.. Tau.. Sama

Selamat Raya.. Tau.. Sama besday dgn bapak kite..hehe.. ala, bg la kite gambo anak oji tuh sket. srh update kat fs oji mls.. srh masuk fb lg makcik tu tak tau.. klu ada gambo anak oji post la kat kite eh.

mane ader tangkap la...ari tu

mane ader tangkap la...ari tu pon jumpa ogy kat wad spital.da tu tgk anak die dr celah tingkap jer, sbb pelawat xleh msuk, bb pon xleh kuar..huhuhu..

Post new comment

  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Allowed HTML tags: <a> <em> <strong> <cite> <code> <ul> <ol> <li> <dl> <dt> <dd> <img> <p>
  • Lines and paragraphs break automatically.

More information about formatting options