Situasi

Teringat Puan Ainon pernah berkata. Sebaiknya jangan gunakan perkataan 'masalah' bila kita berhadapan dengan ..... 'masalah'.... Gantikan perkataan masalah itu dengan 'situasi'. Ia lebih positif.

Ya.... Situasi saya sekarang ialah dah lama tak dapat menulis seperti dulukala. Kenapa? Tak tahulah kenapa. Janganlah bertanya.

Sejak mengandung kali kedua ni alah untuk trimester pertama adalah seperti biasa. Saya mengalami masalah alah dengan internet. Rasa berdengung je kepala ni bila 'online'... Terasa semacam ada tali-tali halus yang menghalang pergerakan saya dan menghambat kepala saya. Cewah! Well, bunyinya pelik tapi tulah kebenarannya. Sama jugak semasa mengandungkan Fathi dulu, memang saya tak boleh beronline selalu dan amat malas untuk membuat kerja-kerja dapur. Kena tunggu mood betul-betul datang baru boleh memasak. Tapi selalunya makan nasi bungkus jelah. Itulah situasi saya sekarang.

Harapnya perasaan-perasaan pelik ni cepatlah hilang hendaknya.. Tak lama lagi nak masuk trimester kedua, kebiasaannya saya akan kembali normal..hehe.. Jangan risau. Kesiankan suami saja sebab dia yang banyak buat kerja dapur termasuk membancuh susu anak beberapa kali tengahmalam buta. Bila kenangkan balik, rasa macam tak tahulah saya ni isteri yang bagaimana. Rasa teruk sekali!

Baru-baru ni, suami kerap belikan saya Majalah Anis. Kali ni dalam keluaran Januari 2010 ada tulisan Ust. Hasrizal dalam ruangannya 'Bekal Jalanan'. Tajuknya, "Di Dalam Dunia Yang Tidak Patut Ini". Saya rasa macam dah baca tulisan dia ni dalam blognya tapi membacanya sekali lagi membuatkan saya berlapang dada dengan segala situasi yang berlaku sekarang.

Saya kongsikan sedikit point yang amat penting saya rasakan dalam melayari rumahtangga ni.

Memang SEPATUTNYA adalah sesuatu yang diperlukan untuk kita menetapkan matlamat tetapi ia juga boleh menjadi racun yang memusnahkan kehidupan berumahtangga tatkala SEPATUTNYA menjadi sesuatu yang dipertahankan melebihi APA YANG PATUT.

"Sepatutnya, awak sebagai isteri kenalah........" ayat ini boleh dituturkan oleh sang suami dari pagi ke pagi.

"Awak sebagai suami sepatutnya ...................." balas si isteri pula.

Sukar untuk sebuah rumahtangga berdiri dengan aman apabila terlalu banyak SEPATUTNYA yang diperjuangkan.

"Kalau perempuan daripada zaman batu sampai zaman hutan batu mampu bergadai nyawa beranak, beranak dan beranak, mengapa lelaki hari ni yang sudah tidak mengangkat pedang di medan jihad tidak mampu untuk BERJIHAD menjaga rumahtangga? manja sangatkah perawan akhir zaman sekarang?"

"Beratnya jadi suami. Mesti mampu sabar sampai ke mati!"

"Sabar itu di permulaan saja. InsyaAllah ia akan dinaik taraf menjadi Redha."

Suami yang menjadi pakaian isteri itu menyembunyikan kelemahan-kelemahan si isteri dengan penuh redha hingga dibawa mati bersama ke kubur, sampai anak tidak nampak kelemahan ibu mereka sepanjang ayah ada bersama. Dia dikebumikan bersama banyak SEPATUTNYA yang dibawa mati tanpa rasa terkilan.

"Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan benda yang TIDAK PATUT. Jadi, berpada-padalah pada melayan SEPATUTNYA yang banyak hinggap ke diri. Hidup memberi itu mustahil boleh dibuat-buat sehinggalah kita berjaya untuk benar-benar percaya bahawa kita hanyalah HAMBA kepadaNYA. Hamba tidak layak meminta-minta dan meletakkan standard atau jangkaan hidup. Fokuskan pada peranan dan syukuri setiap yang diterima, biar sekecil manapun ia."

Itu antara point yang saya rasakan perlu menjadi satu panduan buat semua yang mengikuti tulisan saya ini. Kalau anda suami orang maka, ini berita baik buat anda jika anda ringan tulang membantu si isteri dalam menguruskan rumahtangga TANPA mengungkitnya pada bila-bila masa pun. Dan jika anda belum menjadi seorang suami lagi, carilah bakal pasangan anda yang kuat pegangan agamanya bukan kerana dia pandai masak atau rajin atau lawa mahupun yang berharta. Kerana bila sampai masanya (mengandung) anda akan terkejut kerana dia tidak lagi menjadi siapa yang anda kenal sebelumnya. Semua akan jadi hodoh, malas, buruk, dan yang sebaliknya. Jadi, bersedialah menerima seadanya 'dia'...

Berbaik sangka dan rasa cukup dengan apa yang ada. Pasti keadaan / perkara yang kebih baik akan berlaku.

 

Post new comment

  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Allowed HTML tags: <a> <em> <strong> <cite> <code> <ul> <ol> <li> <dl> <dt> <dd> <img> <p>
  • Lines and paragraphs break automatically.

More information about formatting options