Kambing punya pasal.

Insiden tak pasal-pasal ni berlaku siang tadi semasa saya dan suami nak beli susu Fathi kat carefour wangsamaju. Tempat lain takde susu Fathi ni selain dari farmasi Taman U je.

Promoter : Haiyooo, ini budak ada European look maa!! Ini rambut bukan black, ini perang ha orang melayu sampai blondkan rambut nak dapat ini colour..

Saya : Tengok la mak dia! (tanpa disedari tercakap ayat ni sambil memilih huggies).

Promoter : Ooooo.. Awak ada campur itu european ke?

Saya : Mana ada! (Dalam hati Kelantan campur Johor-Jawa mana datang la pulak european nih).. Ini budak sama macam saya masa kecik dulu. Rambut tak hitam sangat...

Promoter : oooo.. Ini budak anak betul awak bukan itu suntik-suntik ha?? (sambil ketawa).. Sekarangkan banyak orang suntik mau anak..

Saya : Haiyooo.. Ini budak ori la.. Mana ada suntik-suntik!!..

Promoter : Hehehe.. Awak jangan kecik hati ahh.. Ini cakap main-main aje..

(Dan ketakjuban promoter itu telah mengecohkan satu jalan sepanjang barangan susu bayi. Maka, semua promoter yang ada di situ pun datang dekat Fathi sambil usap-usap rambut Fathi yang dah berserabut disebabkan promoter pertama itu begitu takjub tengok rambut Fathi yang mcm bukan Melayu katanya.. Fathi asalnya tengah mamai nak tertidur dalam kereta sorongnya terus bukak mata seluasnya dengan mulutnya sekali ternganga sebab tiba-tiba smua orang nak pegang rambut dia.)

Promoter : Awak cari susu apa?

Saya : Karihome. Susu kambing. Anak saya tak suka minum susu lain.

Promoter : Sudah cuba susu friso gold? Saya boleh kasi try satu tengok macamana. Ini susu banyak tolong perut baby. Tak kasi cirit-birit.

Saya : Saya sudah kasi dia frisolac gold tapi dia sudah tak mau. Dulu mau skrg dah taknak. Dia cuma mau susu kambing. lagipun dia tak pernah cirit-birit. Kembung pun takde.

Promoter : Ini friso gold tak sama dgn frisolac. Try la.. Anak awak boleh minum susu lembu kan.

Saya : Dia tak mau la susu lembu. Dia nak minum susu kambing je. Masa mengandungkan dia dulu saya pun cuma minum susu kambing. Kalau minum susu lembu perut jadi kembung la..

Promoter : oooo kalau macam tu tak boleh loh... Itu awak sudah tak boleh minum susu lembu anak ikut loh.. (ambil semula borang butir peribadi untuk syarikat dia bekerja).. oooo, ini budak european look rupanya dari family kambing... (sambil ketawa)..

Saya : Yalah, mestilah dari dalam perut sudah minum susu kambing, makan kambing...(Apa, salah ke?)

Promoter : Hahahaha... Jangan marah ah..

Sebenarnya lepas dia cakap macam ni baru saya tersedar.. Bukan terasa. Serius tak terasa pun dia buat 'kelakar' macam tu.. Tak terasa apa2 pun.. Tapi, memang saya akui Fathi ni memang suka susu kambing jek. Dah pernah bagi dah susu lembu. Sebelum ni dia ok jek tapi mulai semalam bagi susu lembu dia muntah semula.

Ni dah ada susu kambing jenama Karihome ni 5 auns jek dia minum terus habis. Tu pun tadi tinggal 2 tin je yang terakhir. Saya cakap kat suami, "Rupanya ramai jugak mak bapak lain berfikiran sama macam kita bagi anak minum susu kambing yang bagus ni ek. Cepat je habis susu nih kat carefour.."

"Yelah, susu ni memang dah ramai la pakai saya baca kat internet. Lagipun, stok dia terhad tu yang habis cepat tu.."

Hmmm.. Untuk pengetahuan, saya kenal susu Karihome ni disebabkan saya mengandungkan anak kedua. Saya tak mampu untuk menyusukan Fathi secara eksklusif hingga 2 tahun. Jadi, saya berfikir-fikir susu apa yang bagus untuk menggantikan susu ibu. Secara peribadi saya lebih percayakan khasiat kambing dari khasiat lembu.. maka, abang ipar mencadangkan susu kambing Karihome disebabkan proses menyediaannya secara 'cool proses'.

Secara umumnya, mana-mana produk yang terjadi hasil dari 'proses panas' tidak dapat mengekalkan nutrisi sebenar asal produk itu. Seperti contoh minyak zaitun. Semua minyak zaitun memang berkhasiat tapi bila di'panaskan' khasiat sebenarnya tidak dapat bertahan, yang ada hanylah jisimnya.

Sama seperti susu. kebanyakan susu terhasil dari 'pemanasan'. Maka, yang terhasil itu hanyalah jisimnya. Khasiat sebenar hanya dapat dipelihara sekiranya melalui 'cool proses'. Dan jenama Karihome salah satunya menjalankan proses secara sejuk. Itu yang saya tahu. Jika ada jenama lain, bolehlah beritahu saya.

Apapun, sekurang-kurangnya anak minum susu kambing ni kiranya lagi ok la dari minum susu lembu. Kalau jadi macam kambing pun lagi bagus dari jadi macam lembu. Kambing lebih penyabar dari lembu!hahaha.. (Maklumat tambahan di sini).

Opppssss, tapi Fathi suka mandi! Lagi suka mandi dengan ais! Kalau pegang ais tak lepas-lepas punya.. hehe..

 

Post new comment

  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Allowed HTML tags: <a> <em> <strong> <cite> <code> <ul> <ol> <li> <dl> <dt> <dd> <img> <p>
  • Lines and paragraphs break automatically.

More information about formatting options