Cinta Dengan Syarat vs Cinta Tak Bersyarat.
Dah lama sangat tak update blog ni. Lama juga tak online macam dulu-dulu. Dah lama juga tak 'membersihkan' minda dengan ilmu berguna.
Dari semalam susah nak tidur disebabkan banyak perkara datang dalam kepala secara tiba-tiba. Ketagihan menulis semula. Kali ni di awal pagi lagi saya dah dapat ilham nak menulis apa. Tak boleh bertangguh lagi sebab dah terlalu banyak terpendam dalam kepala ni.
Kebetulan saya membaca tulisan ust hasrizal di laman web kesukaan saya yang juga tempat saya 'membersihkan' otak dan hati dengan tulisan beliau. Tajuk Di Sebalik Cinta Tanpa Syarat ini memang berkait dengan apa yang saya fikirkan pagi tadi. Secara tiba-tiba.
Dulu, saya dan adik-beradik dibesarkan dan dididik dengan disiplin. Di rumah ada peraturan. Abah memang seorang yang sangat berdisiplin, sangat tegas, sangat berpendirian! Emak juga tegas jika tiba bab peraturan. Tapi masih boleh bertolak ansur kadangkala.
Sehinggalah kami dewasa. Peraturan rumah yang sangat perlu dipatuhi ialah mesti balik rumah sebelum maghrib. Solat maghrib berjemaah.
Adik-beradik saya terdiri daripada 3 perempuan 1 lelaki. Masa kecil-kecil dulu kami bertiga tidur atas 1 katil besor (king saiz).. Sebelum tidur mak mesti bacakan al-Quran di hujung katil sampai kami tertidur. Alem jelah kena tidur kat katil luar sorang-sorang tapi masih boleh dengar bacaan Quran mak. Sebelum tidur, baca doa tidur sama-sama, kuat-kuat.. Lepas tu beri salam kat mak abah "Assalamualaikum mak tidur dulu mak, Assalamualaikum bah tidur dulu bah!"... Dari tingkat atas kami menjerit.. Lawan siapa paling kuat jerit lagi! hehe.
Termasuk Alem (abang saya) walau ke mana dia bekerja atau berjumpa kawan (masa bujang dulu lah) malam mesti duduk rumah. Makan malam sama-sama selepas sembahyang maghrib lepas tu berbual-bual sambil tengok tv sehingga nak masuk tidur. Kami yang perempuan ni lepas masuk bilik sebelum tidur (kalau tak boleh tidur) biasanya kami akan membuat sessi 'kepochi di malam hari'...Masa tu (remaja) banyak keluar berita tentang bohsia,bohjan, remaja yang melepak tak tentu hala.. Along pernah kata, "nasib baik adik aku walaupun lelaki tak jadi macam yang lain. Sekurang-kurangnya malam masih ada kat rumah, tak susahkan mak bapak!"... Kala itu, saya berasakan tiada lelaki lain dalam dunia ni yang paling baik selain abah dan alem..huhu..
Masa saya bekerja, mak kata mesti balik sebelum maghrib! Kalau tak kena kunci pagar tak boleh masuk! Saya selalu kena ketawakan dengan orang-orang yang 1 ofis sebab pada usia 25 pun saya terikat dengan peraturan sebegitu. Masa tu agak malu jugaklah dan sekali sekala memberontak, apasallah dalam rumah ni ada peraturan sebegitu?!!
Tapi, seburuk mana sekalipun arahan mak bapak kita (walau pada kita itu dalam bentuk kongkongan dan tiada kebebasan langsung) saya berpegang bahawa kata-kata ibubapa kita itu jua ialah kata-kata Allah selagi ia bukanlah berbentuk syirik. Redha Allah dalam hidup kita ada pada redha ibubapa kita.
Jika sekali sekala dapat makan malam bersama kawan-kawan sepejabat dan majikan, pasti saya dengar dialog ni, "Wah, malam ni ada orang dapat lesen besarlah!!".. Dan saya hanya mampu tersenyum. Tak kecik hati pun.. (Dalam hati, baru tau betapa bernilainya diriku ini! hahaha)..
Menilai kembali apa yang saya lalui bersama adik-beradik selama 26 tahun sangat besar bezanya setelah ada kehidupan sendiri yang perlu dibentuk yang baru menginjak 2 tahun ini. Apatah lagi sudah memiliki seorang khalifah kecil yang harus dididik.
Menjadi seorang emak dan bergaul dengan ibu-ibu lain yang anak-anaknya dah besor membolehkan saya melihat dan berfikir apa yang emak risaukan dari kami kecil dahulu. Dan sekarang, baru terasa nikmat dan terbuka hikmah di sebalik ketegasan emak dan abah supaya kami berjemaah solat maghrib dan pulang ke rumah sebelum maghrib.
Rasa bersyukur kerana saya terpilih untuk menjadi anak-anak kepada Ab. Gani Jalil dan Salmah Kassim. Dan saya berbangga kerana dibesarkan dengan sedemikian rupa. Anda takkan dapat merasakan bagaimana perasaan ibubapa anda sehingga anda sendiri menjadi ibubapa kepada seseorang.
Ibubapa juga manusia biasa yang kadangkala ada kekhilafannya sendiri. Sama seperti anak-anak, dari kecil kita tidak sedar besar mana kekhilafan kita pada ibubapa. Namun, apa yang saya pasti ibubapa pasti akan memaafkan si anak dan berlapang dada setelah melihat si anak kecilnya tidur dengan nyenyak di samping lengannya.

Sebagai anak juga, tak kira ibubapa kita kadangkala silap pemikiran atau percakapannya, berlapang dadalah. Kerana mereka memberikan kita cinta tanpa syarat terlebih dahulu sebelum kita memberikan cinta itu kepada orang lain dan ibubapa hanya mendapat saki bakinya sahaja.
Maksud saya begini...
Setelah berkahwin saya memang lebih sayangkan suami dan saya sedar tanggungjawab saya sebagai isteri harus patuh kepada suami. Bukan sebaliknya. Setelah mendapat anak, saya mula berfikiran seperti ibu-ibu lain, bagaimana saya harus memberikan pendidikan sempurna kepada anak agar besar kelak mereka menjadi seperti saya dan adik-beradik. Saya merasakan yang saya mahu mendidik anak-anak saya seperti emak didik kami masa kecil dahulu. Yang pasti emak dan abah sudah berjaya mendidik kami dengan ilmu agama. Adakah saya mampu menjadi seperti emak?
Kadangkala, perbezaan pendapat dan padangan berlaku antara saya dan suami dan saya dengan emak. Namun, saya harus patuh kepada suami kerana dialah nakhoda kapal yang sedang belayar ini. Nasib baik pembawaan saya dan suami walaupun berbeza masih ada persamaannya.
Saya berpesan pada suami, walaupun saya menghormati semua keputusannya tapi pada saya kasih sayang emak dan abah tidak dapat saya tukar ganti kerana mereka berjaya mendidik saya menjadi seorang isteri yang patuh kepada suaminya sekarang ni. Bukan terjadi sebaliknya.
Dalam berumahtangga, penyatuan dan penghormatan sangat diperlukan. Jika kita merasakan bahawa cara hidup kita sebelum ini lebih baik dari pasangan dan mahu diteruskan selepas berkahwin sebenarnya, kita silap. Mungkin pasangan kita juga merasakan cara dia lebih bagus dari kita pula!
Kerana itu, saya tidak dapat menerima 'orang tua' yang sanggup memutuskan silaturrahim keluarga dan saudara mara yang lain hanya disebabkan ada mulut yang mengkritik pasangan kita. Dah tua tapi pemikiran amat memalukan! Itulah contoh cinta yang bersyarat. Kelak dia akan menjadi susah dan akan disusahkan kerananya. Sayang seseorang bukan bermakna orang lain tidak boleh mengkritik langsung orang yang kita sayang itu. Bukan pula hanya mengikut kata pasangan sehingga mengabaikan perasaan ibubapa sendiri!
Cinta tanpa syarat berlaku apabila si isteri mendengar dengan sepenuh hati dan berlapang dada menerimanya tanpa sungutan atau ungkitan manakala si suami dapat menjalankan tugas sebagai nakhoda kapal dengan penuh ketegasan agar nakhoda jelas ke mana arah dibawanya. Didiklah isteri agar membentuk cinta tanpa syarat kepada ibubapa kita pula sebagaimana mereka telah memberikannya kepada kita sejak dahulu lagi.
Ingatlah, setelah berkahwin sekalipun, anak lelaki wajib patuh kepada ibubapanya. Dan si isteri pula wajib patuh kepada suaminya selagi ia tidak melibatkan 'aqidah. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang cuai.
salam...kak dah..thanks..info
salam...kak dah..thanks..info yang bergune...
hehe..kawan kakdah..(azlina ahamat) cikgu pembimbing molie kat skolah molie praktikal skang ni...
kecik je dunia...=)
laaa ye ke.. mmg dunia ni
laaa ye ke.. mmg dunia ni kecik jelah..hehe.. kem salam rindu ngan cikgu azlina ahamat tu eh! mmg kwn baik pun dari sekolah rendah sesama.. kira dia pun senior azlan jugaklah.. adik lin tu ada sebatch dgn lan..
Post new comment